Saturday, May 21, 2011

Tanah Runtuh di Hulu Langat.. Salam Takziah..

Semalam kite digemparkan dengan satu berita kejadian tanah runtuh di kawasan Hulu Langat.. Kejadian tanah runtuh nie berlaku di sebuah rumah anak yatim... tersayat hati ini bila melihat berita mengenainya.. Tadi mase tfgk berita 1.30 kat TV3, ade seorang ibu mangsa yang terkorban rasa amat terkilan apabila hari jumaat yg lepas adlh kali t'akhir beliau melihat anaknya.. Dan apa yg mampu mngalirkan lg airmata saya apabila si ibu mnyatakan rasa terkilannya lagi apabila sepatutunya esok 23 Mei (isnin), anaknya itu bakal mendaftarkan diri di Matrikulasi Gopeng, Perak dalam aliran perubatan (medic)..
" Arwah ade mndapat tawaran belajar di UiTM dan matrikulasi.. Beliau telah memutuskan untuk memasuki matrikulasi kerana meminati bidang perubatan..Malangnya hajatnya itu tidak tercapai..
Saya kurang pasti mengapa saya terlampau emosi mngenai kejadian ini.. Mungkin kerana mereka adalah anak-anak kecil yang masih mencari-cari arah dan haluan hidup mereka di situ.. Mereka masih memerlukan sokongan untuk terus berjihad dalam mencari erti hidup yang sebenar... Sayangnya, mereka terlebih awal dijemput oleh Ilahi..

Khas kepada keluarga atau waris mangsa yang terkorban, anggaplah mereka2 ini golongan yang terpilih untuk mengisi ruang syurga disana., Redha lah akan pemergian mereka.. Sesungguhnya mereka pasti akan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh, hendaknya.. InsyaAllah.. Aminn..





0 comments:

Post a Comment

Pieces of Me. . . Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Blogger Template Template